Elemen Islam Liberal dalam Idea Pembaharuan Islam Ahmad Wahib

Elements of Liberal Islam In Ahmad Wahib's Idea Of Islamic Reform

Authors

  • Nadhirah Rubani KUIS

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v16i1.235

Keywords:

Kata kunci: Ahmad Wahib, Idea pembaharuan, Islam liberal

Abstract

Idea pembaharuan Islam Ahmad Wahib di dalam buku Pergolakan Pemikiran Islam Catatan Ahmad Wahib menjadi salah satu sumber inspirasi pemikiran Islam liberal di Indonesia. Objektif kajian tertumpu kepada idea pembaharuan Islam Ahmad Wahib, mengkaji biografi dan latar belakang pendidikan Ahmad Wahib dan meneliti elemen Islam liberal yang terdapat dalam idea pembaharuan Islam di dalam buku Pergolakan Pemikiran Islam Catatan Harian Ahmad Wahib. Corak idea pembaharuan Islam Ahmad Wahib yang mempunyai elemen Islam liberal dikelaskan dalam beberapa perkara iaitu mempersoalkan metodologi penafsiran al-quran dan hadith, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian, sikap terhadap ilmu-ilmu Islam dan sikap terhadap hukum-hukum Islam.

Kata kunci: Ahmad Wahib, Idea pembaharuan, Islam liberal

Published

2023-05-29

How to Cite

Rubani, N. (2023). Elemen Islam Liberal dalam Idea Pembaharuan Islam Ahmad Wahib: Elements of Liberal Islam In Ahmad Wahib’s Idea Of Islamic Reform. Jurnal Pengajian Islam, 16(1), 9–21. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i1.235