Faktor Motivasi Pembelajaran Sepanjang Hayat terhadap Peningkatan Kompetensi Pengajaran Bahasa Arab Era Endemik
Motivational Factors of Lifelong Learning towards Improving The Competence in Teaching Arabic during Endemic Era
Keywords:
Motivasi Instrinsik, Motivasi Ekstrinsik, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kompetensi Pengajaran Bahasa ArabAbstract
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan khususnya terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan tahap kompetensi guru. Faktor motivasi telah dikenal pasti sebagai pendorong seseorang guru melibatkan diri dalam PSH bagi menguasai segala ilmu dan kemahiran yang berkaitan ke tahap yang lebih optimum. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana faktor motivasi PSH mempengaruhi penglibatan guru Bahasa Arab bagi meningkatkan tahap kompetensi pengajaran mereka di era endemik. Pelaksanaan kajian ini adalah secara kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Seramai 423 orang guru SRA yang mewakili semua daerah di Selangor terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan faktor motivasi, iaitu motivasi instrinsik dan ekstrinsik memainkan peranan penting yang mendorong guru Bahasa Arab melibatkan diri dalam PSH dengan nilai min yang tinggi, iaitu (M = 4.38, SD = 0.665). Implikasi kajian menjelaskan bahawa motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik merupakan faktor yang menjamin penglibatan guru Bahasa Arab dalam PSH bagi mencapai tahap kompetensi pengajaran Bahasa Arab selain untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam profesionalisme keguruan. Justeru, semua pihak dan organisasi yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme keguruan perlu memperbanyakkan program dan latihan yang lebih sesuai dalam PSH untuk memberi peluang kepada para guru menambah pengetahuan, kemahiran dan memiliki peribadi yang unggul dalam pelaksanaan pengajaran Bahasa Arab yang berkesan.
Lifelong learning (LLL) plays an important role in education, especially towards the effectiveness of teaching and learning as well as upgrading the level of teacher’s competence. The motivational factor has been identified as an incentive for a teacher to get involved in LLL in order to master all related knowledge and skills to the optimal extent. Thus, this study was conducted to identify which motivational factors of LLL influences the involvement of Arabic teachers aimed at improving their level of teaching competence in the endemic era. This study implements a quantitative method by a survey and uses a questionnaire as an instrument in data collection. The respondents of this study consist of teachers who teach Arabic subjects in religious primary schools (SRA) under the Selangor Islamic Religious Department (JAIS). A total of 423 SRA teachers representing all districts in Selangor were involved in this study. The obtained data was analyzed using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 26.0. The findings of the study show that motivational factors, for example, intrinsic and extrinsic motivation, portray an important role in motivating Arabic teachers to engage in LLL with a high mean value, which is (M = 4.38, SD = 0.665). The implications of the study demonstrate that intrinsic motivation and extrinsic motivation are factors that guarantee the involvement of Arabic teachers in LLL to achieve a level of Arabic teaching competence in addition to improve the quality of service in teaching professionalism. Therefore, all parties and organizations related to the development of teaching professionalism need to increase the number of programs and training that supplies opportunity to increase their knowledge, skills and becoming superior personalities in the implementation of effective Arabic teaching.