Tahap Pencapaian Pelajar dalam Program Plus Tahfiz UiTM

Student Achievement Level in Program Plus Tahfiz UiTM

  • Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong UITM
  • Mohammad Fahmi Abdul Hamid UITM
  • Khairul Azhar Meerangani UITM
Keywords: Program, Plus Tahfiz UiTM, Cocurriculum, Huffaz Professional

Abstract

Abstrak

Program Plus Tahfiz UiTM adalah program dibawah kursus Kokurikulum yang ditawarkan bagi pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara yang melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang profesional di UiTM. Program tersebut bertujuan membuka ruang kepada pelajar aliran tahfiz yang melanjutkan pengajian di UiTM untuk terus konsisten dalam mempertahankan hafazan walaupun berada dalam pelbagai bidang pengajian di UiTM sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Program ini ditubuhkan pada September 2018 dan lepasan kohort pertama Plus Tahfiz UiTM telah berjaya menamatkan program ini. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan tahap pencapaian pelajar kumpulan pertama yang mengikuti program Plus Tahfiz UiTM sebagai petunjuk awal kejayaan perlaksanaan program ini. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif iaitu melalui analisis dokumen berkaitan program Plus Tahfiz UiTM, rekod hafazan pelajar dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) pelajar. Dapatan menunjukkan suatu pencapaian positif untuk kumpulan pertama perlaksanaan program Plus Tahfiz UiTM dengan penyertaan seramai 226 orang pelajar, yang mana 181 orang pelajar dari pengajian peringkat Diploma, dan 45 orang dari pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kedua-dua sesi pengajian ini juga menunjukkan suatu tahap pencapaian yang baik apabila seramai 72% pelajar berjaya memperoleh keputusan purata CGPA 3.00 hingga 4.00. 

Abstract

Program Plus Tahfiz UiTM is a program under the co-curriculum course offered to tahfiz graduates nationwide who pursue academic studies in various professional fields at UiTM. The program aims to open space for tahfiz students who continue their studies at UiTM to continue to be consistent in maintaining memorization despite being in various fields of study at UiTM whether at the Diploma or Bachelor's Degree level. The program was established in September 2018 and the first cohort of Plus Tahfiz UiTM graduates have successfully completed the program. Therefore, this article aims to highlight the level of achievement of the first group of students who follow the Program Plus Tahfiz UiTM as an initial indicator of the success of the implementation of this program. The approach used in this study is qualitative through the analysis of documents related to the Plus Tahfiz UiTM program, students 'memorization records and students' Cumulative Grade Point Average (CGPA). The findings show a positive achievement for the first group of the implementation of the Plus Tahfiz UiTM program with the participation of 226 students, of which 181 students are from Diploma level studies, and 45 people are from Bachelor's Degree level studies. Both of these study sessions also showed a good level of achievement when as many as 72% of the students managed to obtain an average CGPA result of 3.00 to 4.00.

References

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan Minda yang Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Kamaruddin, M. (2017). Jangan paksa anak jadi doktor. Utusan Malaysia. https://madeinuitm.com/jangan-paksa-anak-jadi-doktor/ 17 Julai 2021.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi, Mohd Rashidi Omar, Muhammad Amirul Mohd Nor. (2021). Sistem Pendidikan Tahfiz di Malaysia, Pilihan Ibu Bapa Dan Warisan Pendidikan Islam Andalus: Satu Sorotan. Asian People Journal (APJ), 4(1), 132-147.
Murihah Abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, Arieff Salleh Rosman. (2015). Pendidikan Tahfiz Negara: Satu Sorotan Sejarah. https://www.researchgate.net/publication/287647511_Pendidikan_Tahfiz_di_Malaysia_Satu_Sorotan_Sejarah 17 Julai 2021.
Noorhisham Md Nawi, Nur Azuki Yusuff, Mohd Binyamin Che Yaacob dan Nasrul Hakim Salleh. (2014). Matlamat Dan Halatuju Sistem Pengajian Tahfiz di Kelantan; Satu Pengamatan Awal kertas kerja 4th International Conference and Exhibition on Islamic Education (ICIEd 2014). http://umkeprints.umk.edu.my/6189/ 17 Julai 2021.
Sabitha Marican. (2009). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves, Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.
Solahuddin Ismail. (2016). Institusi Tahfiz di Malaysia: Prospek dan Cabaran dalam kertas kerja Simposium Antarabangsa Tahfiz sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Darul Quran 2018. https://www.researchgate.net/publication/310850602_Institusi_Tahfiz_di_Malaysia_Prospek_dan_Cabaran 17 Julai 2021.
UiTM. (2017). Peraturan Akademik Diploma dan Sarjana Muda UiTM Pindaan 2017 (Bilangan 1). Penerbitan Bahagian Hal Ehwal Akademik. Universiti Teknologi MARA
UiTM. (2019b). Garis Panduan Penilaian Akhir.Jawatankuasa Pembangunan dan Penilaian Akademik Plus Tahfiz. Universiti Teknologi MARA
UiTM. (2018a). Cadangan Penawaran Kursus Kokurikulum di Bawah Program Plus Tahfiz untuk peringkat Diploma dan Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar BHEP. Universiti Teknologi MARA.
UiTM. (2018b). Penawaran Lima Kursus Kokurikulum Baharu 2018 Program Plus Tahfiz. Universiti Teknologi MARA.
UiTM. (2018c). Modul Patriotisme Ko-Kurikulum. Institut Kepimpinan Pelajar. Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Universiti Teknologi MARA.
UiTM. (2019a). Maklumat Kursus Program Plus Tahfiz. Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Universiti Teknologi MARA.
UiTM. (2021a). Garis Panduan Pelaksanaan bagi Program Service-Learning Malaysia-Universiti for Society (SULAM) melalui Kursus SULAM Kokurikulum. Universiti Teknologi MARA.
UiTM. (2021b). Data Maklumat Pelajar Kokurikulum Plus Tahfiz. Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Akademik. Universiti Teknologi MARA.
UiTM. (2021c). Analisa Keputusan Prestasi Kursus Kokurikulum Plus Tahfiz Sesi Semester Oktober 2020 - Januari 2021. Jawatankuasa Akademik Kokurikulum. Pusat Kokurikulum. Universiti Teknologi MARA.
Ulwan, A. N. (2015). Tarbiyatul Aulad (Edisi Terjemahan). Kuala Lumpur: PTS Publications.
Universiti Kuala Lumpur. (2021). https://www.unikl.edu.my/campus-lifestyle/ulul-albab/ 17 Julai 2021.
Universiti Malaysia Pahang. (2018). https://news.ump.edu.my/general/program-pensijilan-tahfiz-ulul-albab-ump-lahir-teknokrat-hafiz 17 Julai 2021.
Universiti Multimedia. (2021). https://www.mmu.edu.my/sijil-tahfiz-malaysia-stmmmu/ 17 Julai 2021.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. (2021). https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/11-pelajar-utem-bergelar-hafiz-al-quran/ 17 Julai 2021.
Universiti Tenaga Nasional. (2021). https://www.uniten.edu.my/programmes/huffaz-professional/jakim-uniten-tahfiz-al-quran-certification-engineering/ 17Julai 2021
Published
2022-05-30
How to Cite
Mohd Ashmir Wong, M. S., Abdul Hamid, M. F., & Meerangani, K. A. (2022). Tahap Pencapaian Pelajar dalam Program Plus Tahfiz UiTM. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 224-236. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/165