Sumber Sokongan Sosial untuk Warga Emas

The Source of Social Support for Senior Citizen

  • Muhamad Faisal Ashaari UKM
  • Nurul Aini Syazwani Norhisham UKM
  • Rosmawati Mohamad Rasit UKM
  • Hasanah Abd Khafidz UKM
Keywords: Senior citizen, social suppor, spritual, empty nest, syndrom

Abstract

Abstrak

Warga emas berhadapan dengan pelbagai keuzuran dan terdedah dengan masalah kesihatan, sama ada fizikal dan mental. Lagi meningkat usia, lagi bertambah risiko kepada pertambahan masalah yang akhirnya boleh menyebabkan kehidupan mereka terganggu dan terabai. Untuk mencapai kehidupan yang baik dan sejahtera, mereka memerlukan sokongan sosial tetapi ia mungkin berbeza-beza antara individu bergantung kepada jenis, tahap dan kekuatan masalah yang dihadapi. Tujuan artikel ini ialah untuk mengenal pasti sumber sokongan sosial bagi membantu kehidupan warga emas. Artikel ini menggunakan metodologi kajian kualitatif berasaskan kepada ulasan terhadap kajian lalu tentang sokongan sosial untuk warga emas. Dapatan dari kajian lalu merumuskan bahawa sokongan sosial ini boleh didapati dari empat sumber iaitu dirinya sendiri menerusi amalan kerohanian, kemudian dari keluarga, masyarakat dan kerajaan. Sokongan dari diri sendiri untuk mengukuhkan jiwa mereka dan menjauhkan dari kesunyian boleh diperoleh menerusi kepercayaan kepada Tuhan, amalan ritual dan amalan mulia. Sokongan dari keluarga membolehkan mereka mendapat perhatian dari sudut emosi dan penjagaan fizikal yang boleh diperoleh menerusi komunikasi dengan ahli keluarga, hubungan yang akrab serta penjagaan yang rapi. Sokongan dari masyarakat membolehkan mereka beraktiviti dan menguruskan masa lapang menerusi komunikasi dengan masyarakat, hubungan yang mesra dan penglibatan aktif. Manakala sokongan dari kerajaan pula membolehkan mereka mendapat bantuan dan kemudahan menerusi aspek kewangan dan infrastruktur yang mencukupi. Artikel ini menyediakan asas kepada kajian berikutnya untuk mengangkat sokongan ini menerusi media sosial yang sangat luas digunakan pada masa ini.

Abstract

The elderly face various types of illnesses and are prone to health issues, both physical and mental. The older they get, the more likely they are to have problems that will lead to their lives being neglected and disregarded. To achieve a good and prosperous life, they need social support, but it may vary between individuals depending on the type, level, and strength of the problem. The purpose of this article is to discuss sources of social support for the elderly. This paper uses a qualitative research method based on a review of previous studies on social support for the elderly. Findings from previous studies conclude that this social support can be obtained from four sources, namely oneself through spiritual practice, then from family, community, and government. Self-support to strengthen their souls and keep them away from silence can be obtained through faith in God, ritual practices, and noble practices. Support from the family allows them to receive emotional attention and physical care, which can be gained through conversation with family members, close relationships, and attentive care. Through engagement with the community, good relationships, and active involvement, they can be active and manage their leisure time. Meanwhile, support from the government through adequate financial and infrastructure aspects enables them to receive assistance and use good facilities. All the above sources of social support need to be communicated to them in an integrated manner to ensure that they can enjoy life well and comfortably at the end of life. This research provides the groundwork for future studies aimed at increasing this support through social media for elderly, which is now widely used.

Published
2022-05-30
How to Cite
Ashaari, M. F., Norhisham, N. A. S., Mohamad Rasit, R., & Abd Khafidz, H. (2022). Sumber Sokongan Sosial untuk Warga Emas. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 208-223. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/164