Sorotan Karya Bersistematik Terhadap Pengulangan Kes Jenayah dalam Kalangan Bekas Banduan di Malaysia

Systematic Literature Review towards the Repetition of Criminal Cases among Former Prisoners in Malaysia

  • Fitri Munawaroh Zailani UKM
  • Muhamad Faisal Ashaari UKM
  • Salasiah Hanin Hamjah UKM
Keywords: Repetition, criminal case, drug, former prisoner, former prisoner,

Abstract

Abstrak

Pengulangan kes jenayah dalam kalangan bekas banduan di Malaysia menjadi satu ancaman kepada masyarakat. Pemulihan yang telah dijalani seakan tidak memberi kesan yang baik terhadap bekas banduan. Walaupun telah ditahan dalam tempoh tertentu dengan tujuan untuk merubah dan mengembalikan semula jati diri, namun masih ada segelintir bekas banduan yang kembali ke kehidupan gelapnya. Pengulangan kes jenayah agak meningkat, tetapi kajian tentang pola pengulangan dalam kategori kes jenayah kurang dispesifikkan sedangkan ia perlu dititikberatkan untuk memberi kemudahan pihak berwajib menanganinya. Justeru, artikel ini membuat sorotan karya bersistematik terhadap kajian lepas tentang pola pengulangan kes jenayah dalam kalangan bekas banduan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pola pengulangan kes jenayah dalam kalangan bekas banduan dan faktor penyebab berlakunya pengulangan kes jenayah di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara sistematik melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Terdapat empat bahagian dalam metode kajian yang memandu analisis iaitu proses pengenalpastian sumber, kriteria tapisan, proses ulasan bersistematik dan menganalisis data kajian. Analisis mendapati bahawa pengulangan kes jenayah dadah kerap berlaku berbanding kes sosial yang lain. Tiada sokongan sosial, kurang kesedaran komuniti dan konsep kendiri yang negatif atau gangguan emosi menjadi faktor pengulangan kes jenayah ini berlaku. Artikel ini mencadangkan kajian akan datang untuk mengatasi masalah pengulangan ini iaitu bimbingan kaunseling terhadap bekas banduan selepas keluar dari pusat atau penjara.

Abstract

The repetition of criminal cases among former prisoners in Malaysia has become a threat to society. The recovery that has been undertaken does not have a good impression on former prisoners. Although they have been detained for a certain period of time to change and restore their identity, there are still a handful of prisoners who return to their dark life. Indeed, criminal case recurrence is on the rise. However, studies on patterns of recurrence in criminal cases are lacking, even though they should be highlighted to make it easier for authorities to deal with them. Hence, this article presents a report of systematic literature review of previous studies on the repetition patterns of criminal cases among former prisoners in Malaysia. This study aims to analyse the pattern of repetition of criminal cases among former prisoners and the causes of the repetition of criminal cases in Malaysia. This study is systematically conducted through Preferred Reporting items for systematic reviews and meta-analyses (PRISMA). There are four parts in the research method that drives analysis that is the process of identification of resources, screening criteria, systematic commentary processes and analysing research data. Analysis found that the repetition of drug crime cases often occurs compared to other social cases. The repetition factor of this criminal case is non-social support, lack of community awareness, and negative self-concept or emotional disorders. This article suggests an upcoming study to address the problem of this repetition of counselling against former prisoners after exiting the centre or prison.

Published
2022-05-30
How to Cite
Zailani, F. M., Ashaari, M. F., & Hanin Hamjah, S. (2022). Sorotan Karya Bersistematik Terhadap Pengulangan Kes Jenayah dalam Kalangan Bekas Banduan di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 150-170. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/160