Tinjauan Awal Mengenai Perlaksanaan Program Perpaduan dalam Kalangan Ahli Ngo Berteraskan Islam dan Bukan Islam di Selangor

Preliminary Review on The Implementation of Unity Practices among Islamic and Non -Islamic Ngo Members in Selangor

  • Mohd Irfan Mohd Terin USIM
  • Abd. Hakim Mohad USIM
  • Ros Aiza Mohd Mokhtar USIM

Abstract

Abstrak

Perpaduan merupakan agenda penting yang dicetuskan dalam Rancangan Malaysia ke -12, bicara perpaduan sentiasa menjadi sebahagian daripada hala tuju Malaysia ke arah negara maju. Dalam bidang sosial, terutamanya di peringkat Badan Bukan Kerajaan (NGO), hampir semua program yang berkaitan dengan sukarelawan dilakukan perlu mempunyai elemen perpaduan dan kesepaduan sosial. Walaupun elemen perpaduan mempunyai pelbagai cabaran terutama apabila membabitkan NGO berteraskan Islam dan bukan Islam, namun kaedah diversiti  terhadap intergerasi program perpaduan ini merupakan sesuatu yang baru perlu di adaptasi bagi setiap NGO. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap NGO di Selangor tentang perlaksanaan program perpaduan. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 193 orang ahli NGO yang mengikuti program perpaduan di Selangor. Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa ahli NGO di Selangor berpandangan bahawa perlaksanaan program perpaduan adalah sederhana dengan skor min 4.38 (sp=.627). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar program perpaduan dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan.

Abstract

Unity is an important agenda that was triggered in the 12th Malaysia Plan, the talk of unity has always been part of Malaysia's direction towards a developed nation. In the social field, especially at the level of Non -Governmental Organizations (NGOs), almost all programs related to volunteering should have an element of unity and social cohesion. Although the element of unity has various challenges, especially when involving Islamic and non -Muslim -based NGOs, but the method of diversity to the integration of this unity program is something new that needs to be adapted for each NGO. Therefore, this preliminary study was conducted on NGOs in Selangor on the implementation of unity practices. This study is a quantitative study that will survey the views of respondents by using a questionnaire instrument. The study used random sampling method and the respondents consisted of 193 NGO members who participated in the unity program in Selangor. The collected data are analyzed and will be given interpretation according to the mean value. The study found that NGO members in Selangor were of the view that the implementation of unity practices was moderate with a mean score of 2.83 (sp = 1.142). Therefore, there is room for improvement so that the practice of unity can run efficiently in the future.

Published
2022-05-30
How to Cite
Mohd Terin, M. I., Mohad, A. H., & Mohd Mokhtar, R. A. (2022). Tinjauan Awal Mengenai Perlaksanaan Program Perpaduan dalam Kalangan Ahli Ngo Berteraskan Islam dan Bukan Islam di Selangor. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 136-149. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/159