Konsep Darurah dan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah yang Berkaitan dengan Darurah

The Concept of Darurah and The Fiqh Methodes Related to Darurah

  • Ahmad Murshidi Mustapha UITM
  • Noraini Junoh UITM
Keywords: islamic legal maxims, istidlal, fiqh darurah

Abstract

Abstrak

Persekitaran kehidupan manusia yang terdedah dengan kerencaman dalam pelbagai aspek, antara daripada faktor timbulnya banyak permasalahan baru sehingga menyukarkan umat Islam untuk melaksanakan tuntutan tanggungjawab dengan sempurna. Kesukaran dalam melaksanakan tuntutan syarak sebagaimana yang diperintahkan, memerlukan kepada pemilihan antara dua perkara yang saling bertentangan seperti larangan memakan bangkai dan tuntutan memelihara nyawa. Namun, konsep darurah masih berlaku perselisihan dalam kalangan para ulama dalam penentuannya. Penggunaan kaedah-kaedah fiqhiyyah juga tidak seragam sebagai elemen istidlal bagi isu-isu yang berkaitan dengan darurah. Justeru, artikel ini akan menjelaskan konsep darurah dalam perbahasan para ulama dan seterusnya menganalisis kaedah-kaedah fiqhiyyah sebagai elemen istidlal hukum yang berkaitan darurah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan. Data diperolehi melalui kajian kepustakaan dan dianalisis dengan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam pendefinisian darurah terutamanya oleh ulama silam dan kontemporari. Hal ini membawa kepada perbezaan ukuran yang diletakkan dalam menilai situasi itu sama ada ia boleh dianggap sebagai situasi ḍarurah ataupun tidak. Namun, titik pertemuan yang jelas dalam kerangka konsep ini ialah sesuatu itu dianggap sebagai situasi darurah apabila ia mengancam maslahah atau maqasid yang daruri. Secara umumnya, definisi yang dikemukakan oleh ulama kontemporari melengkapkan lagi definisi ulama silam dengan memasukkan elemen-elemen daruriyyat yang utama, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Selain itu juga, terdapat 13 kaedah fiqhiyyah yang berkaitan darurah yang menjadi elemen istidlal para ulama. Asasnya kaedah-kaedah tersebut terangkum dalam aspek fiqhiyyah, namun terdapat juga penilaian kaedah yang dalam skop usuliyyah serta maqsadiyyah yang menjadikan ianya signifikan untuk istidlal isu yang berkaitan dengan darurah.

Abstract

The environment of human life is prone to complexity in various aspects is among the factors of the emergence for new problems to Muslims to carry out their responsibility perfectly. The difficulty in carrying out the Islamic demands as enjoined, necessitates a choice between two contradictory matters such as the prohibition of eating carcasses and the claim of preserving life. However, the concept of darurah is still disputed among scholars in its determination. The use of fiqh methodes rules is also not consistent as an element of istidlal for issues related to darurah. Thus, this article will explain the concept of darurah in the debate of the scholars and further analyze the rules of fiqhiyyah as an element of istidlal related to darurah. This study uses a qualitative study design with a research approach in the form of content analysis. Data were obtained through a literature review will be analyze with descriptive approaches. The results show that there are differences in the definition of darurah especially by past and contemporary scholars. This leads to a difference in the measures placed in assessing the situation whether it can be considered a ḍarurah situation or not. However, a clear meeting point in this conceptual framework is that something is considered as darurah situation when it threatens an maslahah or maqasid daruri. Generally, the definition by contemporary scholars complements the definition of past scholars by including the main elements of daruriyyat namely religion, soul, intellect, lineage and property. Apart from that, there are 13 fiqhiyyah methods related to darurah which are the istidlal elements of the scholars either as the main proposition or the supporting proposition. Basically, these methods are included in the aspect of fiqhiyyah, but there is also an evaluation of methods that are in the scope of usuliyyah and maqsadiyyah which makes it significant for istidlal issues related to darurah.

Published
2022-05-30
How to Cite
Mustapha, A. M., & Junoh, N. (2022). Konsep Darurah dan Kaedah-Kaedah Fiqhiyyah yang Berkaitan dengan Darurah. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 69-90. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/156