Pengaruh Emosi Terhadap Perubahan Personaliti Artis di Malaysia

The Influence of Emotion on The Personality Changes Among Artists in Malaysia

  • Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir UKM
  • Zulkefli Aini UKM
  • Rosmawati Mohamad Rasit UKM
Keywords: Influence, Emotions, Personality Changes, Artists

Abstract

Abstrak

Emosi merupakan satu aspek penting dalam pembentukan personaliti manusia. Pengawalan emosi yang baik akan mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik. Sebaliknya kegagalan dalam mengawal emosi akan mempengaruhi pembentukan personaliti yang tidak baik. Justeru itu, objektif kajian ini ialah mengkaji pengaruh emosi terhadap perubahan personaliti dalam kalangan artis di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui kaedah temubual mendalam dengan menggunakan pendekatan temubual separa struktur bersama 9 orang peserta kajian yang terdiri daripada artis yang beragama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berumur 40 tahun ke atas sama ada pelakon ataupun penyanyi. Selain itu, peserta kajian juga terdiri daripada artis yang telah berubah daripada tidak baik kepada baik dari sudut penampilan diri, pemikiran dan penglibatan bersama gerakan-gerakan dakwah sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas serta berubah secara konsisten. Data dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati emosi mempengaruhi perubahan personaliti artis daripada segi sikap, pemikiran, penampilan dan tingkah laku. Emosi sedih adalah faktor dominan yang mempengaruhi perubahan personaliti dalam kalangan artis diikuti dengan emosi takut, emosi penyesalan dan emosi kecewa.

Abstract

Emotions are a paramount aspect of the formation of human personality. Appropriate emotional control will foster the formation of a good personality. Conversely, inappropriate emotional control will harm personality formation. Hence, this study intended to examine the influence of emotions on personality changes among artists in Malaysia. This study was a qualitative study that employed a case study design. Data were obtained through in-depth interviews using a semi-structured interview approach with nine study participants consisting of Muslim artists, either male or female, aged 40 years and above, either actors or singers. Furthermore, the study participants also consisted of artists whohave transformed their lifestyle, practising the Islamic way of life in terms of self-appearance, thinking and joint engagement with the dakwah movements for at least five years and above and changed consistently. Next, the data were analysed thematically. The conclusionsconfirmed that emotions influence changes in the artist’s personality in terms of attitude, thinking, appearance and behaviour. Sad emotions are the predominant factor influencing personality changes among artists, followed by emotions of fear, regret and frustration.

Published
2022-05-30
How to Cite
Mohd Tahir, A. F., Aini, Z., & Mohamad Rasit, R. (2022). Pengaruh Emosi Terhadap Perubahan Personaliti Artis di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 42-53. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/154