Quranic Views on Quality of Islamic Educational System

Pandangan Al-Quran Terhadap Kualiti Sistem Pendidikan Islam

  • Abur Hamdi Usman KUIS
  • Mohd Farid Ravi Abdullah KUIS
  • Mazlan Ibrahim UKM
Keywords: Quality, Education, Strategy, Management, Principle

Abstract

Abstrak

Dunia hari ini yang kian mencabar melihat sektor pendidikan antara faktor penting dan menjadi keutamaan dalam keberjayaan pencapaian matlamat dan cita-citanya. Konsep dan sistem pengurusan diwujudkan dan dibangunkan mengikut piawaian pembangunan dunia kontemporari, dan setiap negara bersaing untuk menunjukkan keberkesanan sistem pendidikannya. Sistem pengurusan dan pentadbiran semasa berkait rapat dengan nilai dan penyelidikan Barat. Walau bagaimanapun, strategi dan pemodelannya masih kurang. Adakah ini akibat kualiti guru yang lemah, dan sistem pentadbiran yang tidak cekap, atau kekurangan am dalam pengurusan pendidikan? Melalui dokumentasi dan kajian literatur yang lengkap, kajian ini mendapati bahawa pengurusan pendidikan mesti diurus dengan bijak oleh pihak berkepentingan. Pelajar yang berkualiti tinggi adalah hasil daripada pemurnian dan pembangunan yang berterusan, kejayaan yang dapat menjamin kesejahteraan sesebuah negara untuk generasi semasa dan akan datang. Justeru, pengurusan dilihat sebagai asas dan konsep panduan yang ideal bagi strategi pengurusan pendidikan negara dari perspektif al-Quran. Selain itu, artikel ini juga mendapati empat konsep asas sistem pengurusan pendidikan Islam yang berkualiti, iaitu konsep insāniyyah, iḥsān berpaksikan sifat ketauhidan, pengurusan dengan shūrā, dan budaya istiqāmah dan komitmen.

Abstract

Today, it is becoming increasingly challenging to regard education as a critical area to prioritize accomplishing its goals and ideals. Management concepts and systems are established and developed by contemporary world development standards, and each country competes to demonstrate the effectiveness of its educational systems. Current management and administration systems are inextricably linked to Western values and research. However, its strategy and modelling remain deficient. Is this a result of poor teacher quality, an inefficient administrative system, or a general deficiency in educational management? Through documentation and complete literature research, this study determined that educational management must be managed sensibly by its stakeholders. Students of superior quality are the result of continuous refinement and development, the success of which can ensure a country’s well-being for the current and future generations. Thus, management is viewed as the ideal foundation and guiding concept for the national education management strategy from a Quranic perspective. This paper also found four fundamental concepts of a quality Islamic educational management system, namely the insāniyyah concept, iḥsān-centric nature of the tawhidic, management with shūrā, and istiqāmah culture and commitment.

Published
2022-05-30
How to Cite
Usman, A. H., Abdullah, M. F. R., & Ibrahim, M. (2022). Quranic Views on Quality of Islamic Educational System. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 29-41. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/153