Penggunaan Hadis Berkaitan Munakahat dalam Karya Penulisan Jawi di Nusantara

The Use of Hadiths Munakahat-Related Jawi Works in Nusantara

  • Muhammad Faidz Mohd Fadzil UITM
  • Abdul Qayuum Abdul Razak UITM
  • Muaz Hj Mohd Noor UITM
  • Mohd Zaid Mustafar UITM
  • Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz UITM
Keywords: History, munakahat, Jawi works, hadith

Abstract

Abstrak

Keharmonian sesebuah keluarga bertitik tolak daripada kesedaran peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang suami sebagai ketua keluarga dan isteri sebagai pembantunya bagi menguruskan hal ehwal urusan rumah tangga berjalan dengan lebih baik. Hakikatnya, kunci kepada kesedaran tersebut adalah daripada ilmu-ilmu agama yang diperolehi bersumberkan wahyu daripada al-Quran dan kebanyakannya adalah daripada hadis-hadis Nabi SAW. Dari perspektif sejarah, penulisan karya-karya Jawi di Alam Melayu telah bermula sejak abad ke-17 Masihi dan berkembang hingga kini. Pada masa kini terdapat karya-karya jawi khususnya yang membicarakan perbahasan munakahat yang telah dijadikan sebagai sumber rujukan utama bagi sesetengah kuliah pengajian dalam negara. Kajian ini cuba menyoroti sejarah awal penulisan karya jawi dalam bidang munakahat yang mana telah menjadikan hadis sebagai dalil asas dalam perbahasan bidang ini. Pengamatan awal terhadap karya-karya jawi yang berkaitan munakahat ini sebahagiannya telah memberi impak yang begitu besar kepada masyarakat kerana ia telah disampaikan menerusi kuliah-kuliah pengajaran dan sebahagian karya-karya ini telah dirumikan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis induktif dan deduktif serta analisis historis terhadap karya-karya lepas yang berkaitan. Kesimpulannya, sumber penulisan karya jawi dalam bidang munakahat didapati agak terhad dari sudut bilangannya dan sebahagian besar karya berteraskan hadis sebagai dalil asas perbahasan.

 

Abstract

The harmony of a family is based on the awareness of the role and responsibilities borne by a husband as the head of the family and a wife as his assistant to manage household affairs better. In fact, the key to such awareness is from the religious knowledge obtained from the source of revelation from the Qur'an and most of it is from the hadiths of the Prophet SAW. From a historical perspective, the writing of Jawi works in the Malay world has started since the 17th century AD and has grown to the present day. Nowadays, there are Jawi works, especially those that discuss the munakahat debate, which have been used as the main reference source for the study of Jawi scriptures in our country. This study tries to highlight the early history of the writing of Jawi works in the field of munakahat which has made hadith as the basic evidence on the discussion in this field. Early observations of these munakahat-related Jawi works have in part given such a great impact to the community as they have been presented through teaching lectures and some of these works have been compiled. The methodology used in this study is a qualitative approach through inductive and deductive analysis methods as well as historical analysis of relevant past works. In conclusion, the sources of writing Jawi works in the field of munakahat are found to be quite limited in terms of number and most of the works are based on hadith as the basic evidence of the discussion.

 

 

Published
2022-05-29
How to Cite
Mohd Fadzil, M. F., Abdul Razak, A. Q., Hj Mohd Noor, M., Mustafar, M. Z., & Mohd Aziz, M. K. N. (2022). Penggunaan Hadis Berkaitan Munakahat dalam Karya Penulisan Jawi di Nusantara. Jurnal Pengajian Islam, 15(1), 1-10. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/151